Thursday, December 30

2010 Hampir Melabuhkan Tirai

Nampaknya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk melangkah ke tahun 2011. Banyak suka duka dan kegembiraan yang berjaya dilakarkan dalam tahun 2010. Bulan Disember adalah bulan yang paling banyak meninggalkan kenangan manis. Jom lihat apa kenangan manis di penghujung tahun 2010:

1. Berjaya menyambut ulangtahun pertama perkahwinan (5 Disember). Pada hari tersebut ikut rombongan melawat ke Utara (Penang, Kedah Perlis).
2. Mendapat surat pengesahan jawatan daripada JPA.
3. Mendapat Anugerah Perkhidmatan 2009 (dapat hadiah wang dan sijil).
4. Pelan rumah mendapat kelulusan dari MPD. Cepat dapat kelulusan sebab lepas sebulan submit terus dpt kelulusan.

Alhamdulillah syukur kepada Allah atas semua pencapaian dan kegembiraan yang dinikmati pada tahun 2010.

Thursday, December 2

Our Home

Sekadar untuk catatan

Oktober 2010 --- misi mencari tanah--beli tanah dengan harga RM75,000.
November 2010 --- buat longkang sebab musim hujan --- tanam pokok kekacang untuk mengelakkan hakisan -- bayar duti setem di Kuala Terengganu -- dapat geran pemilikan
21/11/2010 - Submit pelan ke Majlis Perbandaran Dungun. Pelukis pelan merangkap runner adalan En Sham. Bayaran yang dikenakan RM 2500.

Koleksi arnab

Nama: Dak Tam
Tarikh lahir: April 2010
Catatan: Telah hilang dari rumah. dak tam ni adik beradik dak teh.
Baka: Mek Nab dan Pak Nab
Koleksi Arnab

Nama: Dak Teh
Tarikh Lahir: April 2010
Baka: Pak Nab dan Mek Nab