Showing posts with label Masakan Berasaskan Ikan. Show all posts
Showing posts with label Masakan Berasaskan Ikan. Show all posts

Thursday, August 4

Ikan Sambal Jagung

Assalamualaikum
Salam Ramadhan saya ucapkan dan semoga ibadah kita diterima Allah. Lama sudah tidak update blog memandangkan teramat sibuk dengan kursus di 3 negeri yang berakhir 1 hari sebelum Ramadhan.
Walaupun sibuk bekerja saya pasti ramai yang berusaha untuk pulang awal bagi menyiapkan juadah berbuka dan dapat berehat sebentar untuk ibadah seterusnya.
Apa resipi kali ini? Mudah sahaja, pendek kata kalau sampai rumah 6.30 ptg masih sempat memasak. Sebab kalau beli di Bazar Ramadhan ikan yang siap di masak pun harganya lebih kurang RM3-4. Jadi untuk jimat belanja jom masak Ikan Sambal Jagung:

Bahan-bahan:
2 ekor ikan yang telah digoreng (saya guna ikan lolong, kalau guna ikan kembung atau selar pun boleh)
1/2 ulas bawang besar *
1/2 inci halia*
1 inci serai*
1 sudu besar cili mesin
2 sudu besar sos cili
1 cubit gula
1 cubit garam
4 sudu besar jagung dalam tin
1 biji cili hijau dipotong serong
(* kisar hingga halus)

Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar.
2. Bila telah naik bau/garing masukkan cili mesin dan sos kacau sehingga naik minyak.
3. Tambahkan gula dan garam serta jagung di dalam tin.
4. Jika terlalu pekat tambahkan 2 sudu makan air kosong.
3. Kacau sehingga mendidih dan masukkan cili hijau.
4. Bila telah memekat dan masak curahkan kuah tadi ke atas ikan yang telah digoreng.
Alhamdulillah siap juadah untuk berbuka. Selamat mencuba, Wassalam

Wednesday, March 9

Ikan Masak Black Paper

Assalamualaikum..

Entry yang kedua petang ini:) Saya hendak berkongsi satu resipi yang paling ringkas dan cepat tapi berkhasiat iaitu Ikan Black Paper.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan.

2 ekor ikan selar kuning atau ikan kembong yang digoreng.
1 biji bawang besar di mayang halus.
1 biji cili merah dipotong (optional)
2 sudu minyak masak
7 sudu besar sos black paper (sekiranya suka lebih pekat letakkan lebih banyak)
Sedikit air untuk kuah (sekiranya letak banyak kuah akan jadi cair)
1 sudu teh serbuk lada hitam
Bunga kobis di potong halus (ikut citarasa masing2 samada hendak letak banyak atau sedikit)

Cara-Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak masak.
2. Tumiskan bawang,cili merah sehingga layu/kuning.
3. Masukkan sos black paper dan sedikit air kemudian tambahkan bunga kubis.
4. Biarkan sehingga mendidih sekiranya tidak masin tambahkan sedikit garam.
5.Curahkan kuah tersebut di atas ikan yang telah digoreng.
6. Siap dan sedap di makan bersama nasi panas.

Ikan Masak Black Paper



Selamat mencuba. wassalam