2010 Hampir Melabuhkan Tirai
Nampaknya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk melangkah ke tahun 2011. Banyak suka duka dan kegembiraan yang berjaya dilakarkan dalam tahun 2010. Bulan Disember adalah bulan yang paling banyak meninggalkan kenangan manis. Jom lihat apa kenangan manis di penghujung tahun 2010:
1. Berjaya menyambut ulangtahun pertama perkahwinan (5 Disember). Pada hari tersebut ikut rombongan melawat ke Utara (Penang, Kedah Perlis).
2. Mendapat surat pengesahan jawatan daripada JPA.
3. Mendapat Anugerah Perkhidmatan 2009 (dapat hadiah wang dan sijil).
4. Pelan rumah mendapat kelulusan dari MPD. Cepat dapat kelulusan sebab lepas sebulan submit terus dpt kelulusan.
Alhamdulillah syukur kepada Allah atas semua pencapaian dan kegembiraan yang dinikmati pada tahun 2010.
No comments:
Post a Comment