Wednesday, June 1

Masakan Bekal - Ikan Sweet Sour tanpa Nenas

Assalamualaikum

Bawal Sweet Sour    
Pagi semalam saya masak ikan bawal putih sweet sour, tapi tidak menggunakan nenas dan diganti dengan timun. Kalau ingin menggunakan ikan siakap pun boleh dan sedap juga.  Jom semak resipi.

Bahan-Bahan:
2 ekor ikan bawal putih  digoreng (saya guna ikan bersaiz sebesar tangan)
1 genggam timun dipotong dadu
1/2 genggam lada benggala merah/kuning
1/2 cawan sos cili (jenama LIFE)
1 sudu makan cili kisar
1 biji bawang merah dimayang
3 sudu minyak masak
1 sudu makan kicap manis
50 ml air (kalau terlalu pekat boleh tambah lagi)

Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bawang sehingga kuning.
2. Masukkan cili kisar, sos cili dan kacau sehingga pecah minyak.
3. Tambahkan kicap manis, air, lada benggala dan timun.
4. Biarkan selama 3 minit atau sehingga masak.
5. Angkat kuah tadi dan curahkan ke atas ikan bawal yang telah digoreng.

Nota: Saya tidak meletakkan garam dan gula kerana telah diganti dengan sos dan kicap manis. Selamat mencuba.

No comments: