Alhamdulillah setelah hampir setahun tidak menulis, hari ini baru berpeluang mencatatkan tulisan baru di dalam blog ini.
Syukur tahun 2012 memberikan anugerah yang bermakna dengan dikurniakan cahaya mata Adam al Hafiy pada 10 Julai 2012, 5.35 ptg, 3.47 kg, 52 cm.
Pada hari ini usia Adam sudah genap 4 bulan 1 minggu 5 hari. Dan saya masih diberikan rezeki oleh Allah untuk menyusukan anak saya. (Ya Allah kekalkan rezeki ini sehingga Adam berusia 2 tahun)
Lahirnya Adam banyak mengajar saya erti kehidupan sebagai ibu.
Alhamdulillah banyak cabaran yang datang dapat dihadapi dengan bantuan Allah Taala.
Walaupun pertama kali menjadi ibu namun dengan bantuan yang diperolehi melalui pengalaman yang dikongsi blogger banyak membantu saya menguruskan diri saya dan bayi saya.
InsyaAllah jika punya kesempatan masa saya update entry lagi;)
Wassalam
No comments:
Post a Comment