Sekiranya generasi pertama membuat kesalahan generasi kedua membalasnya dan kemudian generasi ketiga membalasnya maka hingga berakhirnya dunia ini semuanya tidak akan selesai. Alangkah mulianya insan yang bernama manusia yang beragama Islam yang memaafkan orang lain. Kita semua adalah manusia yang hanya merupakan hamba Allah. Jika kita mampu memaafkan orang lain bermakna ego kita berjaya direndahkan.Jika tidak mampu bermakna ego masih menjadi benteng penghalangnya. Siapa kita untuk menegakkan ego masing-masing kerana di akhirnya kita semua akan kembali menghadap Allah Taala, dikuburkan didalam tanah dimana kedudukannya hanya selari dengan tempat manusia berjalan memijakkan kakinya dan tinggallah segala harta, pangkat, kedudukan yang ada di dunia. Jadi mari sama-sama buangkan yang keruh dan ambil yang jernih. Dunia akan indah tanpa ada sengketa dan prasangka. Semoga dapatkan kekalkan keharmonian sesama kita kini agar apabila anda menjadi pemimpin pada masa hadapan anda dapat membina negara yang harmoni pada masa hadapan. Yakinkan saya andalah insan dan generasi yang mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan dan tingkahlaku anda agar saya TERSENYUM bahagia bila memejamkan mata di akhir usia saya kerna mewariskan dunia ini kepada generasi yang soleh dan solehah. wassalam.
No comments:
Post a Comment