Assalamualaikum
Salam Ramadhan saya ucapkan dan semoga ibadah kita diterima Allah. Lama sudah tidak update blog memandangkan teramat sibuk dengan kursus di 3 negeri yang berakhir 1 hari sebelum Ramadhan.
Walaupun sibuk bekerja saya pasti ramai yang berusaha untuk pulang awal bagi menyiapkan juadah berbuka dan dapat berehat sebentar untuk ibadah seterusnya.
Apa resipi kali ini? Mudah sahaja, pendek kata kalau sampai rumah 6.30 ptg masih sempat memasak. Sebab kalau beli di Bazar Ramadhan ikan yang siap di masak pun harganya lebih kurang RM3-4. Jadi untuk jimat belanja jom masak Ikan Sambal Jagung:
Bahan-bahan:
2 ekor ikan yang telah digoreng (saya guna ikan lolong, kalau guna ikan kembung atau selar pun boleh)
1/2 ulas bawang besar *
1/2 inci halia*
1 inci serai*
1 sudu besar cili mesin
2 sudu besar sos cili
1 cubit gula
1 cubit garam
4 sudu besar jagung dalam tin
1 biji cili hijau dipotong serong
(* kisar hingga halus)
Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar.
2. Bila telah naik bau/garing masukkan cili mesin dan sos kacau sehingga naik minyak.
3. Tambahkan gula dan garam serta jagung di dalam tin.
4. Jika terlalu pekat tambahkan 2 sudu makan air kosong.
3. Kacau sehingga mendidih dan masukkan cili hijau.
4. Bila telah memekat dan masak curahkan kuah tadi ke atas ikan yang telah digoreng.
Alhamdulillah siap juadah untuk berbuka. Selamat mencuba, Wassalam
No comments:
Post a Comment