Monday, June 21

Zoo Taiping

Cuti sekolah kali ni banyak tempat menarik yang saya lawati bersama keluarga. Antaranya:

1. pergi kenduri kahwin sepupu.
2. melawat kuala sepetang dan makan ABC (sedap...:)
3. melawat zoo taiping.
4. makan mee udang di kuala sepetang.
4. berkelah di air terjun kat meru ipoh.

Jadi dalam sibuk2 mengejar anak2 buah yang seronok berlari2 sempat guna ambil gambar untuk kenangan di Zoo Taiping. Sekeping gambar dapat menterjemahkan pelbagai cerita :)

zirafah

Orang utan yang tersenyum menyambut pelawat :)



Tiket masuk ke zoo taiping.


Buat apa tu? makan atau berbual?


Papan tanda ke zoo

Sunday, June 20

Sukan Malaysia di Melaka 2010

Pertama kali saya menyaksikan sukan Malaysia secara langsung.Kali ni sukan ni di adakan di Melaka. Pertandingan yg sempat saya tgk adalah silat, sepak takraw dan bola jaring. Siapa yg jadi johan bagi tahun ni? ...............negeri Terengganu lah (suami sy suka sbb ni negeri kelahirannya). Jom tgk gambar2 yg sempat sy ambil..


Pertandingan silat


Pasukan sorak dari Perak dan Pahang sewaktu pertandingan silat


Maskot Sukan yang comel

Monday, May 31

Musim Bunga Di Bukit Cahaya, Shah Alam



Musim bunga di Bukit Cahaya, Shah Alam


Thursday, May 27



Empangan Kenyir Terengganu

Assalamualaikum..

Jom cuti2 Malaysia. Hari tu sempat gi empangan kenyir. Pemandangan canti dn udara yg nyaman.
Ni adalah gambar yg sempat di ambil wktu kt situ. cantik kan?

Empangan Kenyir
atau Stesen Kuasa Sultan Mahmud adalah sebuah empangan hidroelektrik utama di Terengganu.

Ia terletak merentasi Sungai Terengganu lebih kurang 50 km ke barat laut Kuala Terengganu. Binaan ini menghasilkan sebuah tasik yang besar dikenali Tasik Kenyir.Pembinaan dimulakan pada tahun 1978 dan disiapkan pada tahun 1986. Empangan ini memulakan operasi pada tahun 1987 dan dirasmikan pada 1988 oleh sultan Terengganu, almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. (sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Empangan_Kenyir).

Jadi siapa2 yg tak pernah pergi boleh lah merancang gi sini. Tempat ni dekat dengn Tasik Kenyir yg menarik. wassalam

Wednesday, May 26



Masakan berasaskan sayur

Assalamualaikum.
Hari ni edisi masakan berasaskan sayur. Jenis2 masakan ni berdasarkan menu2 yg di masak hari-hari.

1. Sayur sawi: goreng, sup sayur+telur, tumis air.
2. Bunga kubis: goreng, sup, tomyam, masak lemak.
3. Lobak merah: goreng, sup, tomyam, masak lemak.
4. Kangkung: goreng kicap, goreng dgn ikan bilis yg ditumbuk hancur, tumis air.
5. Bayam: rebus, masak lemak.
6. Kacang panjang: goreng biasa, goreng kicap, paprik, masak lemak.
7. Kacang buncis: goreng biasa, goreng kicap, masak lemak.
8. Kacang bendi: sup, rebus (jadikan ulam), kari, dalca sayur.
9. Sawi putih: goreng, sup.
10. Kobis bulat: goreng biasa, sup, tomyam, masak lemak, ulam, kerabu+ mayonis.
11.Chap choy: goreng biasa, steam.
12. Kacang botol/ kcg kelisa: ulam, kerabu, goreng.
13. Petola: sup, rebus biasa, goreng.
14. Cendawan: goreng, sup, tomyam.
15. apa lg ek? rasanya ni ja kot jenis2 masakan berasaskan sayur yg pernah di masak:)

Tuesday, May 25


Masakan Berasaskan Ikan

Assalamualaikum.

Hari-hari memasak jadi kering juga idea:) jadi hari ni tergerak hati pula nak senaraikan jenis2 masakan yg pernah di masak. jadi boleh lah tambah idea lagi untuk masak. Tapi bila tgk piramid makanan (sumber: google), kita kena bnyk makan sayur (so esok edisi jenis masakan sayur yg biasa sy masak)

Check list jenis masakan yg pernah dimasak (sekadar untuk rujukan untuk memudahkan kerja mmsk) :
Kategori Ikan:
1. Ikan masak asam pedas rebus.
2. Ikan singgang.
3. Ikan sweet sour.
4. Ikan masak kicap halia.
5. Ikan masak kicap berempah.
6. Ikan kari.
7. Ikan bakar bercili.
8. Ikan bakar tawar.
9. Ikan steam (warna putih).
10. Ikan steam + daun kesum (warna merah).
11. Ikan masak lemak.
12. Ikan sup.
13. Ikan goreng (hehe .. paling senang dan sodap dimakan bersama sambal)
14. Ikan sambal.
15. Ikan ala2 rendang (+daun kunyit).
16. Ikan tomyam (ni ada dua jenis samada berkuah mcm tomyam or boleh gak ditumis).
17. apa lagi ek? rasanya 6 jenis masakan ni ja yg dah pernah di masak di dapur ku:)

Jenis2 ikan yg biasa sy masak:
1. ikan haruan
2. ikan kembung.
3. ikan selar
4. ikan selar kuning.
5. ikan kerisi.
6. ikan sardin (org tganu panggl ikan selayang).
7. ikan kayu (org utara panggil) / ikan aya (org tganu panggil).
8. ikan cencaru.
9. ikan baung
10. ikan sepat.
11. ikan puyu.
12. ikan kerapu.
13. ikan jebong (org tganu pangggil, tp ngri lain xtau lah:)
14. ikan siakap.
15. ikan aji.
16. ikan oh ikan (tu saja kot)

so sampai sini dulu. wassalam.