2010 Hampir Melabuhkan Tirai
Nampaknya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk melangkah ke tahun 2011. Banyak suka duka dan kegembiraan yang berjaya dilakarkan dalam tahun 2010. Bulan Disember adalah bulan yang paling banyak meninggalkan kenangan manis. Jom lihat apa kenangan manis di penghujung tahun 2010:
1. Berjaya menyambut ulangtahun pertama perkahwinan (5 Disember). Pada hari tersebut ikut rombongan melawat ke Utara (Penang, Kedah Perlis).
2. Mendapat surat pengesahan jawatan daripada JPA.
3. Mendapat Anugerah Perkhidmatan 2009 (dapat hadiah wang dan sijil).
4. Pelan rumah mendapat kelulusan dari MPD. Cepat dapat kelulusan sebab lepas sebulan submit terus dpt kelulusan.
Alhamdulillah syukur kepada Allah atas semua pencapaian dan kegembiraan yang dinikmati pada tahun 2010.
Ya Allah, selamatkan hidup kami, rahmati kami, lindungi kami, murahkan rezeki kami dan perkenankanlah doa kami. Amin. Blog ini menceritakan tentang pengalamn seorang ibu, masakan, tanaman dan tempat-tempat menarik di Malaysia
Thursday, December 30
Thursday, December 2
Our Home
Sekadar untuk catatan
Oktober 2010 --- misi mencari tanah--beli tanah dengan harga RM75,000.
November 2010 --- buat longkang sebab musim hujan --- tanam pokok kekacang untuk mengelakkan hakisan -- bayar duti setem di Kuala Terengganu -- dapat geran pemilikan
21/11/2010 - Submit pelan ke Majlis Perbandaran Dungun. Pelukis pelan merangkap runner adalan En Sham. Bayaran yang dikenakan RM 2500.

Tuesday, June 22
Petua: Kuah Mee Kari Lebih Enak
Hari ini saya hendak berkongsi satu petua supaya kuah mee kari menjadi lebih sedap. Mudah sahaja tambahkan kerisik (kelapa yang telah digoreng sehingga keluar minyak) 3 atau 4 sudu besar ke dalam kuah. Kemudian didihkan dengan api yang perlahan selama 30 minit supaya kuah kari tersebut memekat dan lebih sedap. Selamat mencuba

Subscribe to:
Posts (Atom)