Wednesday, May 4

Sambal Telur

Assalamualaikum..

Resipi yang mudah dan sedap tentunya sambal telur... :) Perut tengah lapar jadi teringat sambal telur yang dimasak minggu lepas tapi gambarnya masih lagi dalam handphone.. hehe


Sambal telur
Nota: Untuk menghasilkan sambal telur yang enak tidak perlu letak air di dalam kuah dan letakkan sedikit kicap. InsyaAllah akan lebih sedap..

Hotel Tanjung Vista Terengganu

Assalamualaikum.




Menginap di hotel yang baru dibuka merupakan satu kegembiraan kerana semuanya masih baru dan cantik. Sewaktu menghadiri program di Terengganu saya telah menginap di Hotel Tanjung Vista , Kuala Terengganu. Hotel ini baru sahaja dibuka dan saya adalah pelanggan yang ke 5000+++. Dari tingkap bilik boleh lihat pemandangan bandar Terengganu dan juga pantai di belakang hotel. Harganya pun berpatutan lebih-lebih lagi kalau guna goverment rate :).Jadi marilah melawat Terengganu kite ....

Hotel Tanjung Vista

1st Watermelon

Assalamualaikum..

Pernah tak tanpa disangka-sangka pokok tembikai telah tumbuh dengan segarnya tanpa ditanam, disiram dan dibaja. Begitu lah yang terjadi kepada saya yang berjaya merasa buah tembikai yang segar di tepi rumah. Ada 5 biji yang masak dan masih ada 1 biji yang masih belum masak, manakala yang lain masih berbunga. Jom tengok hasil tembikai saya:
Tembikai Yang Manis (berat 3 kg)                                                                                                                                                                                               
Jom tengok bunga tembikai pula:

Bunga Tembikai
Tembikai amat sesuai dengan tanah yang berpasir dan tidak terlalu basah. Tumbuhan ini sifatnya menjalar di atas tanah.
Buah Tembikai Yang Masih Belum Masak.
Jadi apa kata kalau sekiranya di rumah anda ada kawasan berpasir cubalah menanam buah tembikai, jadi boleh makan tembikai yang ditanam sendiri dan tentunya bebas dari sebarang racun.

Nota: Lady bird suka makan pucuk dan daun tembikai jadi untuk mencegah serangan semburkan dengan baja organik iaitu gunakan air yang dicampur cili api yang telah dikisar halus dan sembur pada daun tembikai atau tempat yang terkena serangan.. Selamat mencuba

Wednesday, March 16

Sekadar Renungan Buat Santapan Rohani

Assalamualaikum..
Sekiranya generasi pertama membuat kesalahan generasi kedua membalasnya dan kemudian generasi ketiga membalasnya maka hingga berakhirnya dunia ini semuanya tidak akan selesai. Alangkah mulianya insan yang bernama manusia yang beragama Islam yang memaafkan orang lain. Kita semua adalah manusia yang hanya merupakan hamba Allah. Jika kita mampu memaafkan orang lain bermakna ego kita berjaya direndahkan.Jika tidak mampu bermakna ego masih menjadi benteng penghalangnya. Siapa kita untuk menegakkan ego masing-masing kerana di akhirnya kita semua akan kembali menghadap Allah Taala, dikuburkan didalam tanah dimana kedudukannya hanya selari dengan tempat manusia berjalan memijakkan kakinya dan tinggallah segala harta, pangkat, kedudukan yang ada di dunia. Jadi mari sama-sama buangkan yang keruh dan ambil yang jernih. Dunia akan indah tanpa ada sengketa dan prasangka. Semoga dapatkan kekalkan keharmonian sesama kita kini agar apabila anda menjadi pemimpin pada masa hadapan anda dapat membina negara yang harmoni pada masa hadapan. Yakinkan saya andalah insan dan generasi yang mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan dan tingkahlaku anda agar saya TERSENYUM bahagia bila memejamkan mata di akhir usia saya kerna mewariskan dunia ini kepada generasi yang soleh dan solehah. wassalam.

Wednesday, March 9

Bukit Gambang Water Park

Ingin bercuti ke Bukit Gambang? Nak tahu apa yang menarik di Bukit Gambang...

.
.
.
.
.
.
.
Tunggu entry seterusnya. Tapi sebelum itu cuci mata dahulu ya dengan gambar-gambar berikut:
>
>
>
>
>
Bukit Gambang Water Park, Pahang

Ikan Masak Black Paper

Assalamualaikum..

Entry yang kedua petang ini:) Saya hendak berkongsi satu resipi yang paling ringkas dan cepat tapi berkhasiat iaitu Ikan Black Paper.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan.

2 ekor ikan selar kuning atau ikan kembong yang digoreng.
1 biji bawang besar di mayang halus.
1 biji cili merah dipotong (optional)
2 sudu minyak masak
7 sudu besar sos black paper (sekiranya suka lebih pekat letakkan lebih banyak)
Sedikit air untuk kuah (sekiranya letak banyak kuah akan jadi cair)
1 sudu teh serbuk lada hitam
Bunga kobis di potong halus (ikut citarasa masing2 samada hendak letak banyak atau sedikit)

Cara-Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak masak.
2. Tumiskan bawang,cili merah sehingga layu/kuning.
3. Masukkan sos black paper dan sedikit air kemudian tambahkan bunga kubis.
4. Biarkan sehingga mendidih sekiranya tidak masin tambahkan sedikit garam.
5.Curahkan kuah tersebut di atas ikan yang telah digoreng.
6. Siap dan sedap di makan bersama nasi panas.

Ikan Masak Black Paper



Selamat mencuba. wassalam

obor-obor

Obor-Obor Yang Telah Direndam
Assalamualaikum..

Hari ini saya hendak berkongsi sejenis makanan yang dinamakan obor-obor yang di datangkan khas dari Sarawak. Obor-obor ini saya sudah rendam di dalam air.
Macam mana cara untuk makan? Mudah sahaja rendam dengan air biasa kemudian hiris nipis-nipis dan jadikan kerabu yang enak.

Resipi Kerabu Obor-Obor.
Bahan-Bahan:
200 grm obor-obor.
1 biji bawang merah/ besar dipotong bulat.
4 biji cili padi atau sekiranya tidak suka pedas boleh gantikan dengan 1 biji cili merah biasa di mayang halus.
1 sudu makan perahan limau / air asam jawa.
secubit garam
secubit gula
4 sudu makan kacang tanah yang digoreng dan ditumbuk (tak perlu terlalu halus).

 Cara Penyediaan:
Campurkan dan gaulkan semua bahan-bahan di atas sehingga rata. Sekiranya terlalu kering boleh tambah 5 sudu besar air masak. Biarkan campuran kerabu ini mesra selama 15 minit kemudian boleh di hidang.
Memang sedap jadi selamat mencuba.