Saturday, August 6

Memandang Ke Langit

Memandang ke langit..
Indah sungguh ciptaan Allah..
Tingginya langit tidak tercapai oleh tangan..
Penciptaannya tidak tercapai dek akal manusia..
Betapa Maha Bijaksana menciptakan bumi ini..
Dan ingatlah bahwa setiap satu yang dijadikan Allah Taala ada hikmahnya.

Friday, August 5

Daging Kunyit Dengan Lada Hitam

Assalamualaikum..
Alhamdulillah hari ini sudah hari ke-5 kita menjalani ibadah puasa. Semoga kita sentiasa diberi kekuatan fizikal dan mental untuk memperbaiki diri sempena bulan yang mulia ini. bagi ibu-ibu yang memasak apa kata sambil memasak kita mulakan dengan bismillah dan selawat moga nanti InsyaAllah masakan akan lebih diberkati Allah dan akan sedap. Ini kerana makanan merupakan salah satu aspek yang akan membentuk jiwa dan peribadi kita. Jadi berikan makan yang bersih lagi halal untuk memastikan diri kita sentiasa bertenaga untuk beribadah. Di sini saya hendak berkongsi satu lagi resipi mudah untuk bebuka puasa atau bersahur.

Bahan-Bahan:
1 cawan daging yang telah dipotong nipis.
1/2 biji bawang merah*
1 inci kunyit*
1/2 inci halia*
1 biji bawang merah di mayang
1/2 cawan air
1 sudu teh lada hitam ditumbuk kasar
1 inci kunyit dipotong halus
Secubit garam dan gula
1 biji cili merah/ hijau dipotong serong.
2 sudu makan minyak untuk menumis.
(* bahan-bahan ini dikisar halus)

Cara-Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar halus (bertanda *).
2. Bila telah garing / naik bau masukkan lada hitam, kunyit yang dipotong halus dan air kemudian biarkan sehingga mendidih.
3. Masukkan daging, kacau sebentar dan tutup kuali dengan tudung periuk (anggaran masa lebih kurang 3 minit).
4. Bila daging sudah empuk masukkan bawang yang dimayang, cili yang dipotong serong, garam dan juga gula. Kacau rata dan biarkan mendidih lebih kurang 2 minit.
5. Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba, Wassalam.

Thursday, August 4

Mee Basah Seafood.

Assalamualaikum..
Bersahur adalah perkara yang amat-amat digalakaan untuk umat Islam yang berpuasa. Mengambil berkat dari bersahur InsyaAllah kita akan sentiasa bertenaga pada siang harinya.
Walaupun ramai yang bersahur dengan makan nasi, jadi sekali sekala jom tukar selera dengan hidangan Mee Basah Seafood.

Bahan-Bahan:
1 bungkus mee kuning.
1 biji bawah merah dikisar halus
1 cawan seafooad (saya guna udang dan sotong)
2 sudu makan cili blander
3 sudu makan sos cili
4 sudu makan kicap manis
1 sudu teh garam (ikut kesesuaian, selalunya kicap dan sos dah masin)
1 cawan sayur yang dipotong halus (carrot, putik jagung dan bunga kobis)
1 biji cili merah serta daun sup dan daun bawang untuk hiasan
2 cawan air
2 sudu makan minyak

Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang yang dikisar.
2. Bila bawang sudah garing masukkan cili mesin dan sos dan kacau sehingga pecah minyak.
3. Masukkan kicap, garam, udang, sotong dan air kosong.
4. Bila mendidih masukkan mee dan sayur-sayuran.
5. Bila mee sudah masak dalam anggaran 2 minit tutup api dan taburkan mee tadi dengan hirisan bawang merah dan daun sup.

Mudahkan dan sedia untuk dihidang. Selamat mencuba, wassalam.

Ikan Sambal Jagung

Assalamualaikum
Salam Ramadhan saya ucapkan dan semoga ibadah kita diterima Allah. Lama sudah tidak update blog memandangkan teramat sibuk dengan kursus di 3 negeri yang berakhir 1 hari sebelum Ramadhan.
Walaupun sibuk bekerja saya pasti ramai yang berusaha untuk pulang awal bagi menyiapkan juadah berbuka dan dapat berehat sebentar untuk ibadah seterusnya.
Apa resipi kali ini? Mudah sahaja, pendek kata kalau sampai rumah 6.30 ptg masih sempat memasak. Sebab kalau beli di Bazar Ramadhan ikan yang siap di masak pun harganya lebih kurang RM3-4. Jadi untuk jimat belanja jom masak Ikan Sambal Jagung:

Bahan-bahan:
2 ekor ikan yang telah digoreng (saya guna ikan lolong, kalau guna ikan kembung atau selar pun boleh)
1/2 ulas bawang besar *
1/2 inci halia*
1 inci serai*
1 sudu besar cili mesin
2 sudu besar sos cili
1 cubit gula
1 cubit garam
4 sudu besar jagung dalam tin
1 biji cili hijau dipotong serong
(* kisar hingga halus)

Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar.
2. Bila telah naik bau/garing masukkan cili mesin dan sos kacau sehingga naik minyak.
3. Tambahkan gula dan garam serta jagung di dalam tin.
4. Jika terlalu pekat tambahkan 2 sudu makan air kosong.
3. Kacau sehingga mendidih dan masukkan cili hijau.
4. Bila telah memekat dan masak curahkan kuah tadi ke atas ikan yang telah digoreng.
Alhamdulillah siap juadah untuk berbuka. Selamat mencuba, Wassalam

Monday, July 11

Kuala Dungun Di Waktu Petang

Assalamualaikum wbt.
Teringin merasa ikan bakar di Dungun bolehlah berkunjung ke Medan Ikan bakar yang baru di buka di Kuala Dungun. Pelbagai jenis makanan laut yang boleh didapati disini seperti udang, ketam, sotong, lala, kepad dan macam-macam lagi dengan harga yang berpatutan. Saya jika ke sini pasti akan makan tomyam putih yang sememangnya sedap di tambah lagi dengan tiupan angin di tepi pantai. Pemandangan di sini pun amat menenangkan, boleh lihat perahu nelayan lagi. Gambar di atas saya ambil sewaktu menunggu hidangan sampai. Apalagi jom cuti-cuti Malaysia:) Wassalam

Japanese Garden Bukit Tinggi

Assalamualaikum.
Japanese Garden terletak di Bukit Tinggi. Apa yang menarik disini? Sudah tentu suasana tempat ini yang agak sejuk, air terjun buatan manusia, kolam ikan koi dan lanskap hiasan taman yang sejuk mata memandang. Kalau teringin hendak mengirup teh Jepun pun ada di sini. Pernah pakai kimono? Jika belum boleh mencuba memakainya untuk mengambil gambar tetapi perlu disewa. Apalagi jom cuti-cuti Malaysia.

Wednesday, July 6

Tembikai

Al-Kisah Buah Tembikai
Assalamualaikum.
Ini adalah dua biji buah tembikai terakhir yang ditanam di tepi rumah saya. Alhamdulillah musim ini hampir 20 biji buah tembikai yang berjaya masak tanpa menggunakan sebarang racun serangga. Buah yang terhasil mempunyai kepanjangan antara 10 inci- 15 inci. Bercucuk tanam di samping dapat mengisi masa lapang ianya juga dapat menjimatkan perbelanjaan dan sekaligus meningkatkan kesihatan. InsyaAllah jika ada kelapangan masa saya akan menanam tembikai lagi tapi rasanya hendak cari benih tembikai kuning pula. Selamat berkebun. Wassalam.