Hari ini saya hendak kongsi mengenai buah mangga yang telah masak ranum. Alhamdulillah berbuah lebat musim ini sampai tidak termampu untuk makan. Syukur juga ramai jiran-jiran yang dapat merasa pada musim ini. Semalam saya teringin pula hendak minum jus mangga. Jadi dengan gigih saya mengupasnya kerana buah ini saiznya kecil-kecil tetapi rasanya sangat manis. Berikut adalah gambar magga tersebut, orang kampung saya namakan sebagai mempelam telur (sebab bentuknya macam telur) tetapi di negeri lain apa namanya ya?
Buah mempelam telur yang ranum dan manis |
Mempelam telur yang sudah dikupas |
Bahan-Bahan.
1. 20 biji mempelam telur.
2. Gula pasir 4 sudu besar (kalau hendak lagi manis boleh tambah)
3. Ais batu.
4. 1/2 cawan air mineral.
Cara Penyediaan:
1. Kupas buah mempelam telur dan potong bahagian isinya.
2. Masukkakan isi buah mempelam tersebut kedalam pengisar dan campurkan dengan gula serta 1/2 cawan air mineral. Kemudian dikisar (tidak perlu terlalu halus supaya dapat rasa isi buah mempelam tersebut).
3. Tuangkan ke dalam jug dan tambahkan dengan 1 cawan air mineral (jika terlalu pekat boleh tambahkan air lagi) dan akhir sekali tambah air batu. Siap dan sungguh mudah tapi segar dan berkhasiat.Selamat mencuba.
Wassalam.
2 comments:
erm...sedapnyer...saya pun suka jus mangga ni..setiap kali ke pasar ramadhan di sri manjung Perak, balik Penang mesti beli 10 bungkus sebagai stok berbuka..hehehe..memang amat menyegarkan...:-)..anyway, saya suka blog awak..gambar2 nampak menarik & menyelerakan..:-)
wow..sedap betul
Post a Comment