Tuesday, July 5

Tanam Taugeh

Taugeh hari Ke-2
Assalamualaikum...
Saya amat berminat dengan bercucuk tanam kerana hasil tanaman tersebut 100% peratus bebas dari racun. Semalam saya cuba untuk menanam taugeh menggunakan kacang hijau. Gambar di atas adalah hari kedua selepas biji kacang hijau ini bertambah. Selalunya taugeh akan dapat dituai pada hari ke-4. Walaupun saiz taugeh tidaklah sebesar yang dibeli di kedai tetapi tetap berpuas hati dapat makan taugeh yang ditanam sendiri.Selamat mencuba. Wassalam.

Kek Coklat Tanpa Telur


Kek ini memang sedap dan rasanya tidak terlalu manis. Untuk lebih lembap simpan dan makan pada keesokan harinya. Terima kasih kepada kak fida kerana menyumbangkan resipi. Resepi asal : Kak Fida@myresepi.com

Bahan :

Bahan A:
  • 300 ml susu segar ( 1 1/4 cawan )
  • 180 g gula halus ( 3/4 cawan )
  • 2 sudu besar madu
  • 1 sudu kecil instant cofee @ nescafe

Bahan B :
  • 180 ml minyak jagung @ sayur ( 1 cawan ) 

Bahan C ( diayak ) :
  • 200 g tepung gandum ( 1 1/2 cawan + 2 sudu besar )
  • 40 g serbuk koko ( 5 sudu besar )
  • 1/2 sudu besar bicarbonate of soda
  • 1/2 sudu besar baking powder

Cara membuatnya :
  1. Masak bahan A hingga gula larut dan sejukkan.
  2. Masukkan bahan B ke dalam adunan A dan gaul rata. Alihkan ke dalam mangkuk yang besar.
  3. Ayak adunan C dan masukkan ke dalam campuran A dan B dan gaul hingga sebati dengan hand whisk.
  4. Tuang adunan ke dalam yang dialas dan digris dan bakar hingga masak pada suhu 160C selama 40 - 45 minit (saya masukkan dalam paper cup dan susun dalam dulang muffin untuk dibakar)
  5. Hiaskan dengan topping kegemaran. Selamat mencuba.

Monday, July 4

Kuih Kaswi Gandum


Assalamualaikum.

Untuk tahun 2011, inilah pertama kali saya buat kuih kaswi gandum. Kuihnya tidak terlampau manis dan sedap dimakan bersama kelapa parut. Resipi asal adalah daripada chef hanieliza yang hebat dalam masak-memasak.

Bahan A:
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir

Bahan B:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 sudu kapur (saya tidak masukkan)

Untuk hiasan:
Kelapa muda diparut dan digaul dengan sedikit garam dan gula.

Cara Penyediaan:
1. Panaskan kukusan.
2. Masakkan bahan A sehingga sebati dan mendidih kemudian sejukkan.
2. Campurkan bahan A yang telah disejukkan dengan bahan B dan kacau rata supaya tidak berketul-ketul.
3. Tapis dan tuangkan ke dalam loyang yang telah di sapu dengan minyak untuk mengelakkan kuih melekat.
4. Kukus selama 30 minit.

Selamat mencuba, wassalam

Dalam Kenangan

Wednesday, June 1

Mini Maha di Pahang (2011)

Assalamualaikum.
Pada Jumaat yang lepas (27/5/2011) saya sempat melawat Mini MAHA 2011 di Pahang. Banyak booth pamaran disediakan untuk pengunjung. Antaranya produk makanan dan minuman keluaran Muslim, ternakan, tanaman hiasan, sayur-sayuran, demostarasi memasak makanan tradisional dan macam-macam lagi. Sempat juga saya membeli anak pokok STEVIA REBAUDIANA untuk di tanam. Apa khasiat pokok stevia ini? Khasiatnya adalah pada daunnya yang manis seperti gula dan bebas daripada kalori dan kaborhidrat. Pada yang ingin menjaga kesihatan bolehlah menggunakan daun stevia sebagai pengganti gula di dalam minuman dan makanan harian. Harapnya pokok ini berjaya tumbuh dengan baik. 
Jom tengok gambar sekitar Mini MAHA  2011.

Rusa (ada jual karipap berinti rusa di sebelah kandang rusa ini)


Lembu
 

Masakan Bekal - Ikan Sweet Sour tanpa Nenas

Assalamualaikum

Bawal Sweet Sour    
Pagi semalam saya masak ikan bawal putih sweet sour, tapi tidak menggunakan nenas dan diganti dengan timun. Kalau ingin menggunakan ikan siakap pun boleh dan sedap juga.  Jom semak resipi.

Bahan-Bahan:
2 ekor ikan bawal putih  digoreng (saya guna ikan bersaiz sebesar tangan)
1 genggam timun dipotong dadu
1/2 genggam lada benggala merah/kuning
1/2 cawan sos cili (jenama LIFE)
1 sudu makan cili kisar
1 biji bawang merah dimayang
3 sudu minyak masak
1 sudu makan kicap manis
50 ml air (kalau terlalu pekat boleh tambah lagi)

Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bawang sehingga kuning.
2. Masukkan cili kisar, sos cili dan kacau sehingga pecah minyak.
3. Tambahkan kicap manis, air, lada benggala dan timun.
4. Biarkan selama 3 minit atau sehingga masak.
5. Angkat kuah tadi dan curahkan ke atas ikan bawal yang telah digoreng.

Nota: Saya tidak meletakkan garam dan gula kerana telah diganti dengan sos dan kicap manis. Selamat mencuba.

Churp Churp Academy is looking to crown the #CutestThing !

Churpie the Churp Churp Bird is ready to share the crown with others!    We are currently searching for the next Cutest Thing, come join us in our quest!    So go on, submit a picture and win the crown and also the exclusive  limited edition of Churp Churp plush toy and 2GB USB flash drive.So click here:The Cutest Thing