Assalamualaikum
Salam Ramadhan saya ucapkan dan semoga ibadah kita diterima Allah. Lama sudah tidak update blog memandangkan teramat sibuk dengan kursus di 3 negeri yang berakhir 1 hari sebelum Ramadhan.
Walaupun sibuk bekerja saya pasti ramai yang berusaha untuk pulang awal bagi menyiapkan juadah berbuka dan dapat berehat sebentar untuk ibadah seterusnya.
Apa resipi kali ini? Mudah sahaja, pendek kata kalau sampai rumah 6.30 ptg masih sempat memasak. Sebab kalau beli di Bazar Ramadhan ikan yang siap di masak pun harganya lebih kurang RM3-4. Jadi untuk jimat belanja jom masak Ikan Sambal Jagung:
Bahan-bahan:
2 ekor ikan yang telah digoreng (saya guna ikan lolong, kalau guna ikan kembung atau selar pun boleh)
1/2 ulas bawang besar *
1/2 inci halia*
1 inci serai*
1 sudu besar cili mesin
2 sudu besar sos cili
1 cubit gula
1 cubit garam
4 sudu besar jagung dalam tin
1 biji cili hijau dipotong serong
(* kisar hingga halus)
Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar.
2. Bila telah naik bau/garing masukkan cili mesin dan sos kacau sehingga naik minyak.
3. Tambahkan gula dan garam serta jagung di dalam tin.
4. Jika terlalu pekat tambahkan 2 sudu makan air kosong.
3. Kacau sehingga mendidih dan masukkan cili hijau.
4. Bila telah memekat dan masak curahkan kuah tadi ke atas ikan yang telah digoreng.
Alhamdulillah siap juadah untuk berbuka. Selamat mencuba, Wassalam
Ya Allah, selamatkan hidup kami, rahmati kami, lindungi kami, murahkan rezeki kami dan perkenankanlah doa kami. Amin. Blog ini menceritakan tentang pengalamn seorang ibu, masakan, tanaman dan tempat-tempat menarik di Malaysia
Thursday, August 4
Monday, July 11
Kuala Dungun Di Waktu Petang
Assalamualaikum wbt.
Teringin merasa ikan bakar di Dungun bolehlah berkunjung ke Medan Ikan bakar yang baru di buka di Kuala Dungun. Pelbagai jenis makanan laut yang boleh didapati disini seperti udang, ketam, sotong, lala, kepad dan macam-macam lagi dengan harga yang berpatutan. Saya jika ke sini pasti akan makan tomyam putih yang sememangnya sedap di tambah lagi dengan tiupan angin di tepi pantai. Pemandangan di sini pun amat menenangkan, boleh lihat perahu nelayan lagi. Gambar di atas saya ambil sewaktu menunggu hidangan sampai. Apalagi jom cuti-cuti Malaysia:) Wassalam
Teringin merasa ikan bakar di Dungun bolehlah berkunjung ke Medan Ikan bakar yang baru di buka di Kuala Dungun. Pelbagai jenis makanan laut yang boleh didapati disini seperti udang, ketam, sotong, lala, kepad dan macam-macam lagi dengan harga yang berpatutan. Saya jika ke sini pasti akan makan tomyam putih yang sememangnya sedap di tambah lagi dengan tiupan angin di tepi pantai. Pemandangan di sini pun amat menenangkan, boleh lihat perahu nelayan lagi. Gambar di atas saya ambil sewaktu menunggu hidangan sampai. Apalagi jom cuti-cuti Malaysia:) Wassalam
Japanese Garden Bukit Tinggi

Japanese Garden terletak di Bukit Tinggi. Apa yang menarik disini? Sudah tentu suasana tempat ini yang agak sejuk, air terjun buatan manusia, kolam ikan koi dan lanskap hiasan taman yang sejuk mata memandang. Kalau teringin hendak mengirup teh Jepun pun ada di sini. Pernah pakai kimono? Jika belum boleh mencuba memakainya untuk mengambil gambar tetapi perlu disewa. Apalagi jom cuti-cuti Malaysia.
Wednesday, July 6
Tembikai
![]() |
| Al-Kisah Buah Tembikai |
Ini adalah dua biji buah tembikai terakhir yang ditanam di tepi rumah saya. Alhamdulillah musim ini hampir 20 biji buah tembikai yang berjaya masak tanpa menggunakan sebarang racun serangga. Buah yang terhasil mempunyai kepanjangan antara 10 inci- 15 inci. Bercucuk tanam di samping dapat mengisi masa lapang ianya juga dapat menjimatkan perbelanjaan dan sekaligus meningkatkan kesihatan. InsyaAllah jika ada kelapangan masa saya akan menanam tembikai lagi tapi rasanya hendak cari benih tembikai kuning pula. Selamat berkebun. Wassalam.
Tuesday, July 5
Tanam Taugeh
| Taugeh hari Ke-2 |
Saya amat berminat dengan bercucuk tanam kerana hasil tanaman tersebut 100% peratus bebas dari racun. Semalam saya cuba untuk menanam taugeh menggunakan kacang hijau. Gambar di atas adalah hari kedua selepas biji kacang hijau ini bertambah. Selalunya taugeh akan dapat dituai pada hari ke-4. Walaupun saiz taugeh tidaklah sebesar yang dibeli di kedai tetapi tetap berpuas hati dapat makan taugeh yang ditanam sendiri.Selamat mencuba. Wassalam.
Kek Coklat Tanpa Telur
Kek ini memang sedap dan rasanya tidak terlalu manis. Untuk lebih lembap simpan dan makan pada keesokan harinya. Terima kasih kepada kak fida kerana menyumbangkan resipi. Resepi asal : Kak Fida@myresepi.com
Bahan :
Bahan A:
- 300 ml susu segar ( 1 1/4 cawan )
- 180 g gula halus ( 3/4 cawan )
- 2 sudu besar madu
- 1 sudu kecil instant cofee @ nescafe
Bahan B :
- 180 ml minyak jagung @ sayur ( 1 cawan )
Bahan C ( diayak ) :
- 200 g tepung gandum ( 1 1/2 cawan + 2 sudu besar )
- 40 g serbuk koko ( 5 sudu besar )
- 1/2 sudu besar bicarbonate of soda
- 1/2 sudu besar baking powder
Cara membuatnya :
- Masak bahan A hingga gula larut dan sejukkan.
- Masukkan bahan B ke dalam adunan A dan gaul rata. Alihkan ke dalam mangkuk yang besar.
- Ayak adunan C dan masukkan ke dalam campuran A dan B dan gaul hingga sebati dengan hand whisk.
- Tuang adunan ke dalam yang dialas dan digris dan bakar hingga masak pada suhu 160C selama 40 - 45 minit (saya masukkan dalam paper cup dan susun dalam dulang muffin untuk dibakar)
- Hiaskan dengan topping kegemaran. Selamat mencuba.
Monday, July 4
Kuih Kaswi Gandum
Assalamualaikum.
Untuk tahun 2011, inilah pertama kali saya buat kuih kaswi gandum. Kuihnya tidak terlampau manis dan sedap dimakan bersama kelapa parut. Resipi asal adalah daripada chef hanieliza yang hebat dalam masak-memasak.
Bahan A:
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
Bahan B:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 sudu kapur (saya tidak masukkan)
Untuk hiasan:
Kelapa muda diparut dan digaul dengan sedikit garam dan gula.
Cara Penyediaan:
1. Panaskan kukusan.
2. Masakkan bahan A sehingga sebati dan mendidih kemudian sejukkan.
2. Campurkan bahan A yang telah disejukkan dengan bahan B dan kacau rata supaya tidak berketul-ketul.
3. Tapis dan tuangkan ke dalam loyang yang telah di sapu dengan minyak untuk mengelakkan kuih melekat.
4. Kukus selama 30 minit.
Selamat mencuba, wassalam
Subscribe to:
Posts (Atom)


